Superman
Dia
Wednesday 8 March 2017 | 07:53 | 0 superr
Bismilah , 

Hi ! Dah lama aku tak update blog aku ni , kalau aku update pun bukan ade orang nak baca (hewhewhew) . Tahun 2017 , tahun yang agak sibuk untuk aku . Suka duka macam macamlah . Sekarang ni aku duduk lepak dekat Mcd sungai isap oleh sebab rumah sewa aku tu agak kuno dan tak ada wifi yang "LAJUUUUUU" namatey macam Mcd punye ni . 

Okay ! kenapa title macam tu ? Mestilah aku nak cerita tentang orang yang aku sangat hargai sekarang ni . Kenapa ? 1001 kisah yang agak banyak aku dengan dia kongsi bersama . "Dia" tu mestilah seorang perempuan , #AkuBukanGay (hahaha) dan pada tahun ni aku dah create satu account Ig iaitu Himpunanlawakrandom #HLR . Aku ingat nak buat side income guna Ig tu tapi kalau dah sibuk macam ni , memang tak ah nak usik sangat ig tu . 

Berbalik pada "dia" tu , aku kenal dia dari sem satu . Aku duk chat dia hari-hari ingatkan aku betepuk sebelah tangan rupanya masa Birthday dia yang ke 19 baru dia bagitahu apa yang dia rasa selama ni .Fuhhhh! Nasib aku tak buat keras hati masa tu , kalau tak melepas woi ! "Dia" ni ciri-ciri perempuan yang sangat perfect bagi aku . Sebab apa ? "Dia" banyak sedarkan aku tentang hal dunia dan akhirat . Banyak nasihat aku , dengar masalah aku . Walaupun dia terasa dengan aku , dia tak bagitahu aku . Dia pendam sampai satu masa aku buat masalah dan masa tu dia tak boleh tahan baru dia luahkan semuanya . 

Panjang juga aku taip kali ni , mungkin aku dah makin dewasa kot . Dapat berfikir secara lebih kreatif dan enovatif , (Kejablah , nak perasan ni) Untuk awak yang tengah baca post ni , orang harap awak akan bersama dengan orang sebab orang dah letak harapan 100% dekat awak . Orang dah tak macam dulu lagi , peragai lama orang pun dah makin hilang . Dah jadi makin pendiam , jadi makin pemalu , taktau macam mana hafizilqman yang banyak kacau orang boleh jadi pendiam . Aku pun pelik dengan diri aku . 

Last Words orang untuk awak , "Kahwin lepas degree" Sebab ayat tu orang sentiasa chat awak . Tu lah berjanji lagi dengan orang (hihihi) Oh ya ! Minggu depan goodluck untuk lauching product , takpayah repeat repeat k . Taknak repeat , nak wen awey .

Salam...

Older Post